Untuk aktiviti interaktif dan pembelajaran anak-anak.
Sila klik di >> SINI << untuk tempahan
RM50 = 5 Muka Surat termasuk kulit
Untuk aktiviti interaktif dan pembelajaran anak-anak.
Sila klik di >> SINI << untuk tempahan
RM50 = 5 Muka Surat termasuk kulit
Pendekatan baru yang menekankan pengelibatan lebih aktif Ibu-Bapa, Keluarga dan Komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan kanak-kanak Kurang Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada.
TUJUAN PDK
1. Memulihkan Orang Kanak-kanak Kurang Upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa.
2. Memberi
Kesedaran kepada Komuniti/Masyarakat setempat bahawa ada segolongan masyarakat
yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan.
3. Memberi
pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak-kanak Kurang Upaya, ahli keluarga
dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.
4. Membentuk
Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional,
sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program.
CIRI-CIRI PDK
2. Ibubapa/ahli
keluarga dan komuniti memainkan peranan penting.
3. Guna
teknologi dan kos yang rendah.
4. Guna Sumber komuniti.
KOKURIKULUM
KEMAHIRAN MOTOR KASAR :
Melibatkan kemahiran pergerakan otot iaitu bahagian anggota tubuh badan seperti berjalan, berlari, merangkak, melompat dan sebagainya.
KEMAHIRAN MOTOR HALUS :
Melibatkan pemikiran, pengelibatan serta pergerakan jari seperti membuat objek dari tanah liat, menggunting, melekat gambar, menyusun lego dan mewarna.
PERKEMBANGAN SOSIAL DAN BAHASA :
Berinteraksi dan bergaul serta berkomunikasi dengan orang lain. Secara lisan, tanpa lisan, bahasa isyarat, menerusi ekspresi seperti ketawa, menangis, mimik muka dan lain-lain.
PENGURUSAN DIRI :
Antranya mengemas diri, cara makan dan minum, ke tandas dan sebagainya.
PRA SEKOLAH :
Kemahiran asas mengira, membaca, menulis huruf abjad, angka dan perkataan seperti nama sendiri.
KREATIVITI :
Mencungkil dan mengenengahkan bakat atau kebolehan yang ada.
FAEDAH PENUBUHAN PDK
• Ibubapa mendapat pengetahuan mendidik anak-anak cacat melalui pengelibatan dalam program saling memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak cacat.
• Kanak-kanak mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka dan ini dapat meminimumkan kecacatan yang dialami.
• Kesedaran kepada ibubapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistemawaan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan secara sistematik.
• Meringankan beban keluarga dari segi jagaan dan latihan serta membantu kanak-kanak mengurus diri dan berkomunikasi dengan persekitaran.
• Anggota badan dapat berfungsi setelah dibuat pergerakan juga, dapat berinteraksi dengan rakan-rakan untuk mewujudkan pergaulan positif.
• Memupuk sikap berdikari dan dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan mendapat hak-hak untuk belajar.
JADUAL PENGENDALIAN PDK
PDK Sungai Petani beroperasi 5 hari seminggu mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tegahari, pada setiap hari Ahad, Isnin dan selasa untuk aktiviti kelas dan pada setiap hari Rabu dan Khamis bagi lawatan ke rumah manakala pada setiap hari Sabtu dikhaskan bagi urusan pentadbiran.
Dari Pusat Menjadi Pertubuhan
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Petani telah didaftarkan sebagai pertubuhan pada Hujung Tahun 2018.
URUSAN PENTADBIRAN
PPDK Sungai Petani sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan semua pihak baik dari segi bantuan kewangan, material dan moral bagi membolehkan pusat ini melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cemerlang dalam aktiviti pemulihan kanak-kanak Kurang Upaya.
TEL : 04 - 4212230
PENGERUSI/SETIAUSAHA
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SUNGAI PETANI
NO 27 JALAN ANGGERIK 1/1,
BANDAR AMAN JAYA 08000 SUNGAI PETANI.
TEL : 04-444 6399