Isnin, 29 November 2021

Program F.A.I.E.H bersama BBSM Cabang Daerah Kuala Muda

Nama program: First Aider In Every Home (F.A.I.E.H) 2021

Tarikh: 28 Nov 2021

Durasi: 8.30 pagi ~ 6.00 petang

Program telah dirasmikan oleh YB Nurin Aina Binti Surip(Ahli Parlimen Merbok, Kedah) yang juga merupakan penaung PPDK Sungai Petani. 

Beliau juga berbesar hati menaja program tersebut demi kebaikan tiap-tiap PPDK yang beroperasi sekitar daerah Kuala Muda.

Selain PPDK daerah Kuala Muda, turut menyertai program ialah Persatuan Kanak-Kanak Khas Sungai Petani yang terletak di Taman Nuri, Sungai Petani.

Bagi sesiapa yang berminat menyertai program bersama BSMM(sebelum ini dikenali sebagai PBSM) bolehlah mendaftar sebagai ahli di pautan berikut --> MRCS Community




Ahad, 24 Oktober 2021

Ahad, 3 Oktober 2021

PROGRAM DALAM TALIAN PENUTUPAN OLIMPIK KEMERDEKAAN 2021

 Pada 13 Sept PPDK Sungai Petani telah menyertai program Olimpik Kemerdekaan OKU secara dalam talian anjuran JKMN Kedah.

Sebanyak 2 penyertaan dari melibatkan dua kategori pertandingan. Keputusan pertandingan telah diumumkan dalam acara perasmian petutup pada 19 Sept 2021.



Alhamdulilah...tahniah kepada Amir Azam menang tempat pertama wakil PPDK SUNGAI PETANI bagi kategori sajak dan TAHNIAH buat adik Nor Syafiqah Zulaifa Dan Adik Nur Fatimah Mahar menang tempat kedua bagi kategori pakaiaan beragam wakil PPDK SUNGAI PETANI...💞




Isnin, 23 Ogos 2021

MESYUARAT AGUNG BSMM CAW. KUALA MUDA

 Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) atau dulunya pernah dikenali sebagai PBSM(Persatuan Bulan Sabit Merah) telah menganjurkan satu mesyuarat agung tahunan bagi pelantikan AJK yang baru.

PPDKSP terlibat secara tidak langsung kerana Pengerusinya, En. Mohaidin Bin Hashim dan beberapa orang AJK dan petugas merupakan ahli dari persatuan ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai keahlian persatuan ini, anda boleh layari pautan ini https://mrcscommunity.org.my/


Acara telah berlangsung secara maya

Rabu, 11 Ogos 2021

PROGRAM PRISMA OKU JKMN KEDAH

 

- PROGRAM PRISMA CARE OKU -

"SERLAHKAN DIRIMU"

TARIKH: 11 OGOS 2021 (RABU)
MASA: 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

OBJEKTIF PROGRAM ADALAH UNTUK MENGGALAKKAN PROSES PEMANTAPAN KENDIRI OKU MENERUSI AKTIVITI YANG DIJALANKAN.


Penyertaan juga melibatkan PDK dari Kedah

Selasa, 10 Ogos 2021

PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN DOS PERTAMA DENGAN KERJASAMA KLINIK KESIHATAN BEDONG, KEDAH.

 Sehubungan pelan vaksinasi negara, PPDKSP telah menghoskan program suntikan vaksin untuk pelatih yang berumur 18 tahun ke atas pada 2 Ogos 2021.

Program dikemudikan oleh kakitangan dari Klinik Kesihatan Bedong, Kedah. Jenis vaksin Covid-19 yang disuntik adalah dari jenis Sinovac







Isnin, 5 Julai 2021

PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN GIGI ANJURAN BERSAMA KLINIK KESIHATAN PERGIGIAN KUALA MUDA

 Pada  5 Julai PPDK Sungai Petani bersama Kakitangan Klinik Kesihatan Bedong, Kedah telah menjayakan sebuah program penjagaan kesihatan gigi.

Program dihadiri oleh para petugas bersama waris dan pelatih secara maya. Selain taklimat tentang kesihatan oleh doktor, turut dilaksanakan kuiz kepada para peserta.







Sabtu, 1 Mei 2021

MAJLIS IFTAR PPDKSP 2021

  Pada 29/4/2021, sebuah restoran tempatan di Sungai Petani, Kedai Makan Mamu Anuar telah menaja sebuah majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan di pusat PPDK Sungai Petani.

Majlis dihadiri 33 peserta dari kalangan beberapa orang AJK dan petugas serta yang diraikan para pelatih bersama waris masing-masing.







Rabu, 28 April 2021

MESYUARAT AGUNG PPDK SUNGAI PETANI SESI 2021/2022

Pada 11 April lalu bertempat di Pusat Khidmat Setempat Bedong, Kedah.

PPDK Sungai Petani telah mengadakan satu mesyuarat melibatkan 28 orang AJK dan petugas serta beberapa orang pegawai dari Pej.Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda & Jab. Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.

Mesyuarat membincangkan tentang rencana dan teknik pelaksanaan sepanjang pandemik Covid-19




















Riang Ria Aidilfitri PPDK SUNGAI PETANI